tips musim panas --'

1. BANYAKKAN MINUM AIR  

Ni memang nombor satu bila tiba musim panas. Akibat panas terik, air dalam badan kita akan cepat terhidrasi melalui perpeluhan. Jadi, cara paling mudah untuk gantikan air dalam badan adalah dengan minum lebih banyak air. Lebih baik kalau minum air masak sebab air masak memang diyakini boleh menghilangkan kering tekak. 

2. ELAKKAN PENDEDAHAN TERUS & BERPANJANGAN


Seperti yang kita semua tau kan, sinaran matahari sekarang ni kata para saintis dah tak berapa elok kepada kulit kita sebab boleh mendatangkan kanser kulit dan beberapa lagi risiko masalah kulit. Oleh tu, aku nasihatkan kita semua kalau boleh kurangkan aktiviti outdoor waktu panas terik. Kalau nak jogging ke, riadah ke, mulakan bila hari sudah redup sedikit. Perkara ni jugak boleh elakkan kita daripada gelap mata dan pitam akibat panas terik. 

3. BAWA PAYUNG & PAKAI SUNGLASS ATAU TOPI


Haaa korang ingat, bila time hujan je baru boleh guna payung? Salah tu!!! Penggunaan payung atau topi juga sangat penting di musim panas terik ni. Payung dan topi boleh melindungi tubuh korang daripada panas terik dan boleh jugak mengurangkan risiko "kulit terbakar". Sunglass juga memainkan peranan. 


4. JANGAN TAMBAH PANAS LAGI!


Korang, ni sangat penting. Musim panas terik macam ni, tolonglah jangan tambah lagi kepanasannya dengan melakukan pembakaran terbuka. Jadi, tolong jangan lakukan pembakaran terbuka. Kalau korang nampak ada pakcik atau makcik yang buat pembakaran terbuka, apa lagi tegurlah secara berhemah!


5. GUNAKAN KRIM PELINDUNG SINARAN UV

Sekarang ni, di pasaran, aku rasa dah banyak sangat krim atau losyen pelindung sinaran UV dengan kandungan SPF yang tersendiri. SPF stands for SUN PROTECTION FACTOR. Semakin tinggi kandungan SPF yang korang gunakan, bermakna semakin kurang risiko korang terkena sunburn. Tapi, hati-hati dengan penggunaan SPF. Sebab ada sesetengah SPF yang didapati mampu menyebabkan kulit semakin menipis.


6. SUNBLOCK vs SUNSCREEN


Daripada search yang aku buat kan, ada beza rupanya sunblock dan sunscreen. Korang tau tak??? Kalau nak memilih losyen tu, korang disarankan untuk memilih losyen yang berperanan sebagai Sunblock bukan sunscreen. Sebab sunblock akan melindungi kulit korang secara menyeluruh dan lebih tahan lama berbanding sunscreen. Sunblock juga akan melindungi kulit korang daripada sinaran UVA dan UVB sedangkan sunscreen hanya melindungi kulit daripada UVB. 

No comments:

Post a Comment