kejadian tanah runtuh

KUALA LUMPUR 22 Mei — Operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, disambung semula pada pukul 8 pagi ini meskipun kesemua 25 mangsa sudah dikeluarkan dari runtuhan itu.
Operasi susulan yang dijalankan pasukan polis dan bomba itu kini lebih tertumpu kepada aspek meninjau lokasi sekitar kawasan tragedi dan pembersihan sisa runtuhan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.
Tinjauan Bernama di tempat kejadian hari ini mendapati kawasan sekitar juga kembali tenang dan terkawal, di mana orang ramai tidak lagi berkumpul dan bersesak-sesak seperti semalam bagi mendapatkan perkembangan tragedi itu.

Laluan menuju ke lokasi kejadian juga sudah dibuka kepada orang ramai.
Bagaimanapun polis telah menutup laluan sepanjang 500 meter dari tempat kejadian dengan pita kuning supaya orang ramai tidak terlalu hampir dengan lokasi tragedi.
"Kita perlu buat tinjauan kawasan kerana dikhuatiri masih ada berlaku pergerakan tanah,” kata 
seorang anggota polis di tempat kejadian.

Pengetua rumah tersebut Idris Musa, yang dilihat melawat tempat kejadian pagi ini, enggan ditemu bual media kerana masih bersedih dengan tragedi tersebut.
Di tempat kejadian, terdapat dua buah lori syarikat pengeluar barangan makanan pengguna, menyediakan hidangan ringan untuk petugas penyelamat dan anggota media.
Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang 
terperangkap selamat. - Bernama



AL FATIHAH BUAT MANGSA TANAH RUNTUH 


credit to : utusan online

No comments:

Post a Comment