ujian Munsyi ?

aiii..ari ney aku nk cta psl ujian munsyi..
aku dpgl utk ujian munsyi..huhu -,-'
pyh btl nk msok u pn..-___-
haa..taw tak ujian munsyi tu apa ?
baca kat bwh nie :

 MUnsyi :*untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon meliputi Minat Kerjaya, Personaliti, Nilai Integriti, Kecerdasan Emosi dan Patriotisme sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia. 

slip kehadiran 
*click kt gmbr utk tumbesaran *

Format MUnSyI
Instrument MUnSYI mengandungi lima bahagian dengan 330 item. Bahagian A mengenai Minat Kerjaya; Bahagian B mengenai Personaliti; Bahagian C mengenai Nilai Integriti; Bahagian D mengenai Kecerdasan Emosi; dan Bahagian E mengenai Patiortisme.

Secara khususnya, justifikasi penggunaan instrumen MUnSyI adalah seperti berikut:
  1. Membantu calon pelajar memilih program yang paling sesuai dengan dirinya.
  2. Membantu universiti mendapatkan calon pelajar yang paling sesuai berdasarkan konsep “individu yang betul untuk program yang betul”.  Instrumen ini berupaya membezakan calon pelajar yang berpotensi untuk berjaya dalam bidang yang diikutinya.
  3. Pemilihan calon pelajar tidak tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi mengambil kira aspek minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, kecerdasan emosi dan patriotisme sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  4. Membantu mengurangkan masalah dalaman yang timbul di universiti hasil daripada konflik pemilihan program yang berbangkit semasa pengajian seperti bertukar program, prestasi yang rendah, keciciran dan kecelaruan emosi.
  5. Antara kriteria ranking universiti adalah berdasarkan jumlah pelajar yang memperoleh ijazah dalam masa yang ditetapkan dan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat. Keselarasan pelajar dengan bidang pengajian menggunakan MUnSyI membantu merealisasikan hasrat universiti memperoleh ranking yang terbaik.
  6. Instrumen MUnSyI ini seiring dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang sedang dalam proses pelaksanaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment